Thursday, December 3, 2020

Restoran Murni Discovery

Restoran Murni Kuala Lumpur
Sumber: Restoran Murni Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan. Tidak cukup dengan itu, menu daripada Itali seperti Pizza juga turut ditawarkan. Pendek kata, anda tak akan kecewa dengan pilihan makanan yang ada di restoran ni, begitu banyak. Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 PJ, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna. 📍 Alamat⌚ Waktu Operasi Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment