Thursday, November 29, 2018

Hatyai符美记茶室 (Hainan Chicken Rice)

Looking for the most recommended poached chicken rice? Serves the Hainanese style chicken rice, many said to be the best in Hatyai and must try. Same too located near Ambasador Hotel.

Monday, November 12, 2018

The 1 Place Hat Yai Apartmen

The 1 Place Hat Yai menawarkan penginapan di Hat Yai. Ia terletak dalam jarak 600 meter dari Pasar Kimyong. Songkhla terletak 27 km dari hotel ini. Tempat letak kenderaan peribadi disediakan secara percuma di lokasi. Tuala juga disediakan. 1 Place Hat Yai juga mempunyai teres. Juadah tempatan dan restoran-restoran boleh ditemui dalam jarak 5 minit berjalan kaki. Hotel ini berjarak 1.2 km dari Stesen Kereta Api Hat Yai. Lapangan Terbang Hat Yai berada kurang daripada 11 km. 11 Soi 20, Rat U-Thit Road, T. Hat Yai, A. Hat Yai, Songkla, 90110 Hat Yai, Thailand

Wednesday, November 7, 2018

合艾289 Baht 新鲜海鲜无限Hatyai Rim Rua Kratha Ron

289 Baht 新鲜海鲜任吃任拿!! 大头虾,花蟹,青豪,带子,竹滩等等无限量提供 还有无限制腌制五花肉,肉片,鸡肉还有很多很多食物!!实在太值得了啦!每桌拿好多大头虾,很会吃咯!不怕吃不到因为他们会不停的添加食物 重点是海鲜都很新鲜,肉腌渍的好好吃吖

Tuesday, November 6, 2018

8 ‘Pantang Larang’ Thailand

1. Jangan Bercakap Tentang Raja Mereka Di Thailand, raja sangat dipandang tinggi. Perkara ini kami rasa sama di mana-mana negara sekali pun. Rakyat Thailand sangat dengan sensitif dengan perkara yang disifatkan merendah-rendahkan martabat Raja mereka. Cuba elakkan dari berbual tentang topik yang berkait dengan Raja mereka, melangkah duit syiling yang bergolek atau terpijak duit kertas yang terjatuh pun boleh dianggap sesuatu yang biadap. 2. Sentuh Kepala Di Thailand, kepala bukan mainan! Jangan cuba menyentuh kepala sesiapa walaupun kanak-kanak. Di Thailand, kepala dianggap suci dan tidak boleh disentuh. Hati-hati walaupun anda tidak sengaja. 3. Jaga adab dan etika ketika berada di tempat keagamaan Di Thailand majoriti penduduknya beragama Budha, sudah tentu banyak sekali tempat ibadah seperti Kuil. Sebagai menunjukkan rasa hormat, pastikan pakaian anda menutup lutut dan memakai lengan panjang. Ini adalah tradisi penting dalam kepercayaan mereka. Anda juga pasti menghargai jika orang menghormati tradisi dan agama anda. 4. Sila tanggalkan kasut Pastikan anda menanggalkan kasut jika berkunjung ke rumah atau tempat-tempat keagamaan. Ini juga adalah tanda anda menghormati mereka. 5. Wai Wai merupakan sebahagian tingkah-laku dalam adab resam masyarakat Thailand. Ia digunakan sebagai tanda terima kasih, memohon maaf, menyambut tetamu dan lain-lain. Orang asing dinasihatkan untuk elak dari melakukan Wai dengan kerap walaupun anda disambut dengan Wai. Cukuplah sekadar senyum dan menundukan sedikit kepala. 6. Sami Thailand Terdapat beberapa peraturan dalam ritual sami di Thailand, antaranya ialah wanita tidak boleh menyentuh sami atau rahib walau jubah mereka sekali pun. Jika keadaan ini berlaku, sami tersebut terpakasa melakukan ritual pembersihan. Kaum wanita dinasihatkan berhati-hati ketika berjalan dikhuatiri terselisih dengan sami di Thailand. 7. Berhenti pada pukul 8 am dan 6 pm Di Bangkok, lagu kebangsaan Thailand akan dimainkan dengan kuat pada jam 8 am dan 6 pm. Sebagai tanda penghormatan, setiap aktiviti mesti dihentikan pada dua waktu ini. Jika berkunjung ke Bangkok, sila ambil perhatian pada dua waktu penting ini sebagai tanda hormat. 8. Sentiasa cool Orang Thailand ramai yang baik-baik, sebab itulah Thailand digelar sebagai ‘The Land Of Smile’. Rakyat Thailand selalu kelihatan ramah dan akan cuba mengelakkan konflik sebaik mungkin. Jika anda menunjukkantanda-tanda marah, terutamanya di khalayak ramai, ia dianggap sebagai kelakuan yang sangat buruk. Jadi, cuba pastikan anda sentiasa nampak cool walaupun sedang berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan. Kawal emosi dan sila lah senyum-senyum selalu. Muka pun nampak lebih comel.

40 Tip Kembara Backpack Ke Hatyai

MATAWANG 1. Pertukaran matawang lebih menguntungkan ditukar di Malaysia terlebih dahulu jika dibandingkan ditukar di Hatyai mahupun Songkhla Thailand. Currency semasa bertarikh 3/9/17 RM1 = 7.76 Baht PENGANGKUTAN KE HATYAI 2. Jika anda dari utara, boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam. Sebagai contoh, Penang – Hatyai RM35 (Terminal Bas Sungai Nibong) atau lagi murah dengan menaiki KTM ke Hatyai (ini saya tidak pasti exact harganya). 3. Untuk pembelian tiket bas, anda boleh terus menempah melalui online ke laman sesawang easybook / ticket bus online untuk pembelian. 4. Jangan terkejut kalau tiket bas yang anda beli itu bukanlah bas yang sebenar tetapi adalah minivan. 5. Sewaktu perjalanan anda ke Hatyai, akan ada satu hentian rehat di mana minivan akan menurunkan anda semua dan perlu membayar RM8 untuk urusan passport. Saya rasa ini adalah di antara yang mahal. Mungkin ada yang kena bayar RM2 sahaja. Terpulang pada pertuahan masing-masing. SIMKAD 6. Anda boleh membeli simkad AIS di hentian rehat tersebut dengan harga RM15, seminggu unlimited internet. Murah dan berbaloi jika dibandingkan di Thailand, anda perlu membayar 300 baht untuk simkad dan internet tersebut. IMIGRESEN 7. Akan ada dua (2) imigresen yang perlu anda lepasi. Pertama imigresen Malaysia. Kedua imigresen Thailand. Anda tidak perlu bayar apa-apa sebab anda dah bayar kepada driver minivan tadi untuk urusan passport. 8. Bagi yang menaiki kereta secara sendirian mahupun keluarga, anda perlu membayar insurans perjalanan RM16 sewaktu di immigration. Ini berdasarkan apa yang saya maklum, untuk lebih lanjut saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentang ini. 9. Lazimnya, urusan imigresen untuk melepasi Thailand perlu beratur panjang, tapi urusan immigration Malaysia tidak selama itu. 10. Anda akan diberikan borang imigresen untuk diisi. Lazimnya di imigresen Thailand, Hatyai adalah tidak menjadi kewajipan bagi anda untuk menulis tempat yang anda akan bermalam. Jadi tak perlu risau sekiranya bahagian itu dikosongkan. Anda hanya perlu menjawab secara lisan sekiranya ditanya oleh pegawai immigration Thailand. 11. Tetapi keterangan ini adalah subjektif. Tergantung pada luck anda ketika disoal di immigration kelak. Nasihat saya, boleh book penginapan sekurang-kurangnya satu (1) malam untuk lebih selamat. PENGINAPAN 12. Seperti kebiasaan anda boleh terus menempah melalui agoda, booking, hostelworld, trivago atau apa-apa medium lain untuk membandingkan harga-harga yang murah. 13. Pilihan lain adalah dengan menggunakan kaedah check in on the spot ketika berada di Hatyai, Thailand. 14. Cadangan saya, bagi sesiapa yang berhasrat untuk travel secara solo anda boleh menempah di Hostelworld untuk penginapan sekitar RM23-RM50 satu malam. 15. Aplikasi Hostelworld ini boleh dimuat turun di handphone masing-masing. 16. Antara cadangan saya kepada traveller solo, anda boleh menempah hostel yang disenaraikan di bawah sebagai pilihan yang terbaik berdasarkan rating, lokasi, kebersihan, nilai dan staff yang positif seperti berikut: • HUB HATYAI HOSTEL (RM50) • HATYAI BACKPACKER HOSTEL (RM23) • WE HATYAI (RM34) • THE HIVE HOSTEL HATYAI (RM40) LOKASI TARIKAN (HATYAI) 17. Antara tempat menarik yang boleh dijelajah di Hatyai dengan walking distance adalah seperti; • Explore Lee Garden Plaza Centrepoint and Surround • Kimyong Market. Kim Yong Market • Greenway Market • HatYai Municipal Park 18 – Bagi yang berhasrat untuk ke Klong Hae Floating Market anda perlu menaiki tuk tuk / minivan atau moTO TAXI. Boleh pilih antara satu dari medium pengangkutan untuk ke sana. Jaraknya dari bandar sekitar 50KM. 19. Ini berdasarkan pemerhatian saya dari Hatyai City ke Klong Hae Floating Market. • tuk tuk (400-500 baht/ seorang) • minivan (300-400 baht seorang) • moto taxi (150-300 baht seorang) 20. Perlu diingatkan, floating market hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula jam 3:00 petang sehingga 9:00 malam. Manakala di SONGKHLA 21. Anda boleh pergi ke tempat berikut; • Songkhla Golden Sleeping Buddha • Samila Beach PENGANGKUTAN KE SONGKHLA 22. Jika anda dari Hatyai, anda hanya perlu mencari Clock Tower Hatyai. Di situ, akan ada minivan yang akan beratur tunggu penumpang yang tengah beratur. 23. Boleh terus naik minivan tersebut dan membayar 34 Baht sahaja untuk ke Songkhla. Jaraknya 50KM dengan perjalanan lebih kurang 40 minit. 24. Anda tidak perlu membayar duit langsung kepada pemandu. Hanya perlu duduk sahaja di dalam minivan tersebut dan menunggu bakul duit yang akan diagihkan kepada anda dari hadapan. Masukkan duit secukupnya 34 Baht ke dalam bakul duit tersebut. 25. Jika tidak mempunyai baki, anda boleh menunggu penumpang yang lain bayar terlebih dahulu dan anda sendiri boleh ambik baki duit anda di dalam bakul tersebut. 26. Setibanya anda di Songkhla, anda boleh menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 25 Baht – 30 Baht setiap perjalanan. Anda boleh menaiki moto taxi untuk ke Samila Beach. 27. Anda boleh menaiki kuda dengan harga 300 baht seorang. Air kelapa di Samila Beach sangat sedap, boleh cuba dengan 20 Baht secawan. 28. Saya tidak cadangkan anda untuk membeli cenderahati di Samila Beach (bagi yang berjimat) anda boleh beli cenderahati itu di perkarangan Lee Garden Hatyai. 29. Dari Samila Beach, anda boleh berjalan kaki sahaja ke Tangkuan Hills untuk melihat pemandangan dari atas Songkhla. Tangkuan Hills terletak hanya 700 meter sahaja dari Samila Beach. 30. Ada dua (2) pilihan untuk anda samada memilih hiking atau menaiki lift dan kereta api yang telah tersedia dengan bayaran 30 Baht (Dewasa) dan 20 Baht (Kanak-Kanak). 31. Dari Tangkuan Hills, anda boleh berjalan kaki sejauh 1 KM ke National Museum Songkhla atau membayar 20 Baht kepada moto taxi untuk ke sana. 32. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam National Museum Songkhla. Percuma. 33. Dari Songkla ke Hatyai, anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 1KM ke station bas Songkhla yang terletak tidak jauh dari National Museum Songkhla atau menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 20-30 Baht. MAKANAN / MINUMAN 34. Anda boleh merasai beberapa makanan wajib ketika berada di Hatyai Thailand seperti berikut; • Aiskrim Kelapa 30-50 Baht • Tomyam Pot Tek (Seafood) 100 Baht • Pulut Mangga 50 Baht • Pad Thai 50 Baht • Chok Dee Dimsum • Udang (Night Market) 250-300 Baht Seekor MASSAGE (URUT) 35. Harga standard bagi massage adalah seperti berikut: • Foot Massage 200-250 Baht • Body Oil Massage 250-400 Baht • Body Thai Massage 200-300 Baht • Face Massage 200-250 Baht Lain-lain 36. Anda boleh merasai makanan Thailand di Asean Market yang bukak hanya pada waktu malam sahaja. Ini seakan bazar malam untuk pelancong. 37. Anda perlu sediakan International Adapter sewaktu berada di Hatyai atau di mana-mana sekitar Thailand. Ini kerana, negara itu menggunakan dua soket. Anda juga boleh membeli soket tersebut ketika berada di sana. 38. Medium pengangkutan di Hatyai adalah minivan, taxi dan moto taxi. 39. Untuk mengenalpasti moto taxi, pemandu tersebut memakai jaket kuning (kalau tak silap). 40. Harga moto taxi untuk pergerakan sekitar Hatyai adalah 40 Baht.

Sunday, November 4, 2018

Sizzler Central Festival Hatyai

enjoyed an Australien steak made to order, and they can do it, contrary to many other Thai restaurants. The salad bar comes with it. Besides a great variety of veggies it also offers soups, deserts, and fruit. The price for the - all you can eat- salad bar was up to 139 THB if you just want to eat from the salad bar. At another Sizzler in BKK recently, the salad bar was up to 179 THB. Address: ถนน เทียนจ่ออุทิศ 3 Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand