Thursday, December 3, 2020

Stiq

Sepertimana Restoran Kaw’d, restoran yang seterusnya ini, restoran Stiq turut menggunakan teknik masakan mewah “sous vide” untuk hasil hidangan yang setaraf dengan restoran 5 bintang. Tiada langsung beza dari segi rasa jika dibandingkan dengan restoran mewah lain, namun harganya? Jauh lebih murah! Buat apa berbelanja lebih untuk dapat kualiti yang sama kan? Di Stiq, anda dijanjikan daging lembu yang kelembutannya boleh dipotong dengan hanya sekali hirisan, daging kambing yang dimasak perlahan bersama sos bbq selama 22 jam, peri-peri chicken yang dihasilkan dengan teknik sous vide selama 12 jam dan banyak lagi hidangan premium lain. Setiap set menu juga disajikan dengan salad, bawang karamel, kentang bakar dan juga air secara free! Memang tiada sebab untuk anda tak singgah. 📍 Alamat Alamat: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)

Berkonsepkan retro dan hipster, Restoran Kaw’d (disebut “caught”) yang terletak di Ampang Waterfront adalah sebuah lokasi lepak yang cukup menarik untuk anda lawati bersama rakan-rakan atau keluarga bagi menikmati antara hidangan yang paling best pernah menyentuh lidah anda. Menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food. Harganya? Tidak membebankan poket. Sebab utama kenapa anda kena cuba masakan di sini adalah kerana hidangannya dihasilkan dengan menggunakan teknik “sous vide” yang seringkali digunakan di restoran-restoran mewah. Teknik masakan ini dikatakan dapat memberikan hasil masakan yang tidak mungkin dapat dicapai dengan teknik masakan yang biasa. Hasilnya, adalah masakan yang sempurna rasanya sehingga restoran ini sering menjadi kedai makan pilihan ramai artis-artis terkenal. Selain dapat berjumpa dengan artis, anda boleh mencuba bermacam menu menarik yang ditawarkan seperti lamb shank (diperap dengan 7 herba), peri peri chicken, creamy cheese chicken, cajun chicken burger dan banyak lagi! Pendek kata, apa saja menu yang pernah dicuba, semuanya sesuai untuk direkomenkan. 📍 Alamat Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor

Restoran Rosdet Tomyam

Dah puas bershopping di pasar Chow Kit, bolehlah singgah ke Restoran Rosdet Tomyam untuk mengembalikan balik tenaga yang hilang. Untuk pengetahuan anda, restoran ini cukup pro dalam menyediakan hidangan Thai yang mampu menggegarkan deria. Masam, manis dan masinnya secukup rasa. Makanan laut yang digunakan juga cukup terasa kesegarannya. Pasti akan jatuh cinta walau dengan hanya sekali suapan. Tapi apa yang nak dicuba? Pertama sekali, seperti yang terpampang pada nama kedai ni sendiri, anda wajib mencuba tom yamnya yang begitu menyengat. Selain itu, masakan lain yang menjadi kegemaran ramai juga adalah lala masak pedas, siakap tiga rasa dan lidah lembu masak merah. 📍 Alamat Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat

Makanlah sepuas hati di The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat tanpa perlu bersedih dengan wang yang perlu dibelanjakan. Bayaran yang dikenakan cukup murah iaitu hanya RM45 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak (0.9 – 1.3 meter). Murah kan? Di sini anda dapat merasai masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan. 📍 Alamat Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Fiske Steakhouse

Bukan sekadar masakan barat, di Fiske Steakhouse anda turut dapat menikmati masakan lain untuk memuaskan selera Melayu seperti asam pedas dan sate. Hidangan barat yang ditawarkan pula adalah seperti chicken chop dan spaghetti bolognese. Anda boleh rasa kepekatan cheese dalam spaghetti bolognesenya. Mesti cuba! Untuk pemanis mulut, anda boleh mencuba daripada pelbagai jenis kek yang dipamerkan di sini seperti kek oreo cheese, caramel, coklat dan banyak lagi. Percayalah, tiada satu pun yang tak sedap di sini. 📍 Alamat Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Kelihatan dari luar hanyalah seperti warung biasa, tapi siapa sangka, kedai makan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk setempat, jarang sekali melihat suasana kedai sunyi daripada kedatangan pelanggan terutama ketika sarapan dan makan malam. Sebagai sebuah gerai yang telah beroperasi mencecah lebih 55 tahun, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru sudah pakar dalam menghasilkan nasi lemak yang sempurna kelazatannya. Seperti mana di kebanyakan kedai nasi lemak lain, Nasi Lemak Wanjo dihidangkan dengan ikan bilis, telur rebus, kacang, sambal dan timun. Nak sambal lebih sikit? Tak ada masalah. Untuk lauknya, anda boleh memilih sama ada ingin dimakan bersama dengan sambal sotong ataupun ayam goreng. Kedua-dua sotong dan ayamnya dimasak sehingga lembut, memang sedap. Baunya? Memanggil-manggil untuk tambah lagi dan lagi.

Gami Chicken Pavilion

Untuk sesiapa yang mengidam nak makan ayam goreng Korea yang boleh buat anda tak dapat tidur malam dengan sekali cuba dek kerana kelembutan isi ayamnya dan keenakan rasa sos yang menyaluti ayam, mai singgah makan di Gami Chicken. Terletak di tingkat 1, Pavilion, Gami Chicken bukan sekadar menawarkan ayam goreng Korea yang dimasak sempurna, tapi juga banyak menu lain seperti Gami Chicken Burger, Spicy Seafood Soup, Seafood Pancake, Gami Chicken Katsu dan sebagainya. Caj yang dikenakan? Sangat berpatutan dengan saiz hidangan. Cuba jangan tak cuba!
📍 Alamat⌚ Alamat: Lot 1 . 29 . 01B & E1 . 29 . 01B, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pavilion Kuala Lumpur)

Restoran Murni Discovery

Restoran Murni Kuala Lumpur
Sumber: Restoran Murni Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan. Tidak cukup dengan itu, menu daripada Itali seperti Pizza juga turut ditawarkan. Pendek kata, anda tak akan kecewa dengan pilihan makanan yang ada di restoran ni, begitu banyak. Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 PJ, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna. 📍 Alamat⌚ Waktu Operasi Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Saturday, April 11, 2020

泰国太好买?传授你3招如何轻松把货运回来,人人都能做代购啦!还可以省去昂贵的寄舱费用!

泰国尤其是曼谷是每个女人的购物天堂, 但往往总是面对“买太多”,行李不够放或者超重的问题, 额外添加寄舱的价格又非常贵,便宜的衣服都不便宜了! 那要怎么办呢? 小编就为你准备了4种方法让你轻松把你的战利品运回国, 下次就无须担心“买太多”和“带不走”的问题了! = 1 = ~ 国际货运公司 ~ 通常都是邮寄一些比较贵重和尤价位比较高的物品, 邮寄公司的选择分为 DHL或FEDEX 或 TNT 这类大型的快递公司, 这大型快递公司在各个进出口海关都有令人放心的手续, 所以各位大大可以放心邮寄啦,重点来了~他们的服务也是数一数二的哦! 平常从泰国到国内约需要 5 个工作日左右!所以无需等很久就可以拿到心爱的战利品了! 小编偷偷告诉你,他们都有提供上门取货服务哦, 你只需要打电话或网上预约工作人员来你住的地点办理提货就行啦! 不过费用稍高啦~ 这些国际快递公司收费方式分为两种: 第一种是 “毛重”:按照物品的实际重量来计算, 第二种是 “容重”;按照物品装箱后的立方米规格来计算。 计算方法一般是物品规格公分(厘米)单位的“长(L)*宽(W)*高(H) /5000 = 公斤单位重量”, 算出来的数据哪一个多就按哪一个计算。 1. DHL网站: WWW.DHL.COM 2. FEDEX网站:WWW.FEDEX.COM 3. TNT网站: WWW.TNT.COM 寄送所需时间: 2-7 工作日 = 2 = ~ 泰国当地货物运输 ~ 曼谷为东南亚最大的货物批发和运输中心, 最受大多女性喜爱的如PRATUNAM MARKET, CHATUCAK MARKET 都有泰国当地的货物运输, 不管是运到酒店还是运回国都行! 大型货运行会有全球发货, 小一点规模的一般则是专门做泰国往某个国家 , 但一般来说只要你看见门前放着一堆纸箱、包装工具, 门口有写着Air Cargo, Express, Delivery 等都可以进去问问。 而且随时都行哦,非常方便,一般重量不超 100 公斤店家会建议你使用空运, 空运使用的时间也比较快,少量也没关系,无论如何都会比使用国际运输便宜! 大量运货例如 45 公斤以上价格大约 45 块泰铢一公斤, 另需要加固定的货物处理费,箱子打包费和泰国清关费 , 运输时间为15天-20天左右, 适合做代购的廉价运输就是这个啦~~ 地点为: 1. Platinum 区:Platinum 楼后面 (Novotel 饭店与 Platinum 楼中间通道进去右拐) 2. PRATUNAM 区:在Baiyoke Sky饭店周边各小巷子内 3. CHATUCHAK 区:market一号门出来左转直走 200米 就会看到告示牌 = 3 = ~ 泰国邮局邮寄服务 ~ 这项服务比较适合少量邮寄,也是其中一个最有效的邮寄服务, 它的服务点相对比较多,也比较容易找到哦! 邮局的运送服务大致分为以下几种: 1. EMS World(限时挂号邮件) : 最重件重量 20 公斤,寄送时间 3-4 工作日 5 公斤以内,费用约 400 bath /公斤 10 公斤以内,费用约 350 bath /公斤 20 公斤以内,费用约 300 bath /公斤 2. 航空邮件: 最重件重量 20 公斤。 寄送时间 7-10 工作日 5 公斤以内,费用约 300 bath /公斤 10 公斤以内,费用约 250 bath/公斤 20 公斤以内,费用约200 bath/公斤 3. 一般邮件: 最重件重量 30 公斤。寄送时间 10-15 工作日 5 公斤以内,费用约 250 bath /公斤 10 公斤以内,费用约 200 bath/公斤 20 公斤以内,费用约160 bath/公斤