Thursday, December 6, 2018
Songkhla Taman Negara Khao Nam Khang
Taman Negara Khao Nam Khang adalah sebuah taman negara yang berkeluasan sekitar 220 km persegi terdiri daripada beberapa buah gunung dari Selatan Thailand sehinggalah ke sempadan Malaysia. Antara gunung yang terdapat di dalam taman negara ini adalah Kuan Khao Mai, Kuan Sya dan Khao Nam Kang.
Gunung yang tertinggi di Taman Negara Khao Nam Khang adalah Khao Nam Kang yang berketinggian 648 meter dari aras laut. Antara sungai yang mengalir di taman negara yang luas ini adalah Sungai Prik, Sungai Klong Sai Kaow dan banyak lagi. Nak tahu apa lagi yang ada di sini? Rancanglah aktiviti meredah hutan anda di sini, banyak flora dan fauna yang unik menanti untuk diterokai.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Alamat: Amphoe Na Thawi, Songkhla
Labels:
Songkhla
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment