Friday, December 28, 2018

EP's Cafe Patisserie, Hatyai

EP's Cafe Patisserie Nipatuthit 1 Road Hatyai With the entrance of Red Planet Hotel behind you, turn left and cross the road. Walk to the other side of the building (now you're on Nipatuthit 1) and continue left until you find this cafe. You should find it before a petrol station.

Garabuning Spa, Hatyai

Garabuning Spa 50/6 Sripoovanard Rd. Hatyai (Near Diana department store) (+66) 081 898 0018 Operating Hours 1000 - 2000 daily Garabuning Spa is a jungle/garden-theme spa located in Hatyai city. You should be able to find the spa easily by using Google Map.

Restoran Salma Hatyai

Restoran Salma ini juga merupakan salah sebuah restoran halal yang beroperasi di bandar Hatyai dan sering dikunjungi oleh pengunjung daripada Malaysia atau sesiapa sahaja yang ingin mencari makanan halal. Lokasinya di persimpangan Jalan Prachathipat sememangnya membuatkan ia senang untuk dicari serta restoran ini juga tidak jauh daripada Indra Hotel dan Restoran Shah Alam Seafood. Aku rekemenkan korang cuba sarapan roti telur di sini, memang layan apabila dicicahkan dengan kari hijau…. 😀 Restoran Salma Halal 85/3 Prachatipat Road, Hatyai, Songkhla 90110 Thailand. Tel: 074-225-181 atau Ms.Uma Niyomdacha (085-894-2543)

Restoran Shah Alam Seafood Hatyai

Restoran Shah Alam Seafood yang beroperasi di Jalan Chee Uthid (berhadapan bangunan Hatyai Hakka Association) merupakan salah satu Restoran HALAL terdapat di bandar Hatyai yang diusahakan oleh Tuan Haji Zulkifly yang berasal daripada Shah Alam, Selangor. Jangan lupa untuk singgah disini untuk menjamu selera dan jika inginkan rujukan mengenai bandar Hatyai. 😀 Shah Alam Seafood 65/5-6 Chee Uthid Road, Hatyai Songkhla, 90110 Thailand No. Tel. Haji Zul: 083-6555686 (Thai) atau 016-6567112 (Malaysia) Facebook : www.facebook.com/shahalam.seafood

Sulaiman restauran Hatyai

Restoran Sulaiman terletak di pekan Hatyai berdekatan Hotel Tune. Kedai makan ini menjadi kegemaran pelancong yang asing yang menginap di Hotel Tune itu. Kedai makan ini menyediakan masakan ala-carte dan roti canai ala Thai pada waktu sarapan. Harga juga berpatutan! Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Sempadan Dannok-Bukit Kayu Hitam

Jika anda masuk ke Thailand menggunakan jalan utama Bukit Kayu Hitam, anda pasti akan melalui Dannok. Selain Hatyai, Dannok juga antara pekan Islam di mana anda mudah untuk mendapatkan makanan Halal. Anda boleh cuba menikmati keenakan pulut ayam di sini dengan harga murah sekitar 60 Baht saja. Selain itu, anda juga boleh menikmati kelemakan dan kemanisan pulut mangga dan cakoi sekaya. Harga pulut mangga sekitar 70 Baht manakala cakoi 15 Baht. Alamat: Sempadan Thai-Malay (Dannok)

Dimsum Chabura Hatyai

Buat anda peminat dim sum boleh ke Dimsum Chabura Hatyai. Di sini terdapat pelbagai jenis dim sum dengan harga yang sangat murah dan sedap! Dim sum di sini berharga 15 Baht (kecil) dan 20 Baht (besar). Selain itu, kedai ini juga menyediakan menu masakan lain seperti tomyam, somtam dan banyak lagi. Bagaimanapun, anda tak perlu risau berkomunikasi kerana pelanggan di sana semuanya fasih berbahasa Melayu. Restauran ini dibuka setiap hari. Alamat: T.khlong Hae A. Hatyai, Songkhla 90110, Thailand