Thursday, December 3, 2020
Stiq
Sepertimana Restoran Kaw’d, restoran yang seterusnya ini, restoran Stiq turut menggunakan teknik masakan mewah “sous vide” untuk hasil hidangan yang setaraf dengan restoran 5 bintang. Tiada langsung beza dari segi rasa jika dibandingkan dengan restoran mewah lain, namun harganya? Jauh lebih murah! Buat apa berbelanja lebih untuk dapat kualiti yang sama kan?
Di Stiq, anda dijanjikan daging lembu yang kelembutannya boleh dipotong dengan hanya sekali hirisan, daging kambing yang dimasak perlahan bersama sos bbq selama 22 jam, peri-peri chicken yang dihasilkan dengan teknik sous vide selama 12 jam dan banyak lagi hidangan premium lain.
Setiap set menu juga disajikan dengan salad, bawang karamel, kentang bakar dan juga air secara free! Memang tiada sebab untuk anda tak singgah.
π Alamat
Alamat: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)
Berkonsepkan retro dan hipster, Restoran Kaw’d (disebut “caught”) yang terletak di Ampang Waterfront adalah sebuah lokasi lepak yang cukup menarik untuk anda lawati bersama rakan-rakan atau keluarga bagi menikmati antara hidangan yang paling best pernah menyentuh lidah anda.
Menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food. Harganya? Tidak membebankan poket.
Sebab utama kenapa anda kena cuba masakan di sini adalah kerana hidangannya dihasilkan dengan menggunakan teknik “sous vide” yang seringkali digunakan di restoran-restoran mewah. Teknik masakan ini dikatakan dapat memberikan hasil masakan yang tidak mungkin dapat dicapai dengan teknik masakan yang biasa.
Hasilnya, adalah masakan yang sempurna rasanya sehingga restoran ini sering menjadi kedai makan pilihan ramai artis-artis terkenal.
Selain dapat berjumpa dengan artis, anda boleh mencuba bermacam menu menarik yang ditawarkan seperti lamb shank (diperap dengan 7 herba), peri peri chicken, creamy cheese chicken, cajun chicken burger dan banyak lagi! Pendek kata, apa saja menu yang pernah dicuba, semuanya sesuai untuk direkomenkan.
π Alamat
Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor
Restoran Rosdet Tomyam
Dah puas bershopping di pasar Chow Kit, bolehlah singgah ke Restoran Rosdet Tomyam untuk mengembalikan balik tenaga yang hilang. Untuk pengetahuan anda, restoran ini cukup pro dalam menyediakan hidangan Thai yang mampu menggegarkan deria.
Masam, manis dan masinnya secukup rasa. Makanan laut yang digunakan juga cukup terasa kesegarannya. Pasti akan jatuh cinta walau dengan hanya sekali suapan.
Tapi apa yang nak dicuba? Pertama sekali, seperti yang terpampang pada nama kedai ni sendiri, anda wajib mencuba tom yamnya yang begitu menyengat. Selain itu, masakan lain yang menjadi kegemaran ramai juga adalah lala masak pedas, siakap tiga rasa dan lidah lembu masak merah.
π Alamat
Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat
Makanlah sepuas hati di The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat tanpa perlu bersedih dengan wang yang perlu dibelanjakan. Bayaran yang dikenakan cukup murah iaitu hanya RM45 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak (0.9 – 1.3 meter). Murah kan?
Di sini anda dapat merasai masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan.
π Alamat
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Fiske Steakhouse
Bukan sekadar masakan barat, di Fiske Steakhouse anda turut dapat menikmati masakan lain untuk memuaskan selera Melayu seperti asam pedas dan sate.
Hidangan barat yang ditawarkan pula adalah seperti chicken chop dan spaghetti bolognese. Anda boleh rasa kepekatan cheese dalam spaghetti bolognesenya. Mesti cuba!
Untuk pemanis mulut, anda boleh mencuba daripada pelbagai jenis kek yang dipamerkan di sini seperti kek oreo cheese, caramel, coklat dan banyak lagi. Percayalah, tiada satu pun yang tak sedap di sini.
π Alamat
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Kelihatan dari luar hanyalah seperti warung biasa, tapi siapa sangka, kedai makan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk setempat, jarang sekali melihat suasana kedai sunyi daripada kedatangan pelanggan terutama ketika sarapan dan makan malam.
Sebagai sebuah gerai yang telah beroperasi mencecah lebih 55 tahun, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru sudah pakar dalam menghasilkan nasi lemak yang sempurna kelazatannya.
Seperti mana di kebanyakan kedai nasi lemak lain, Nasi Lemak Wanjo dihidangkan dengan ikan bilis, telur rebus, kacang, sambal dan timun. Nak sambal lebih sikit? Tak ada masalah. Untuk lauknya, anda boleh memilih sama ada ingin dimakan bersama dengan sambal sotong ataupun ayam goreng.
Kedua-dua sotong dan ayamnya dimasak sehingga lembut, memang sedap. Baunya? Memanggil-manggil untuk tambah lagi dan lagi.
Gami Chicken Pavilion
Untuk sesiapa yang mengidam nak makan ayam goreng Korea yang boleh buat anda tak dapat tidur malam dengan sekali cuba dek kerana kelembutan isi ayamnya dan keenakan rasa sos yang menyaluti ayam, mai singgah makan di Gami Chicken.
Terletak di tingkat 1, Pavilion, Gami Chicken bukan sekadar menawarkan ayam goreng Korea yang dimasak sempurna, tapi juga banyak menu lain seperti Gami Chicken Burger, Spicy Seafood Soup, Seafood Pancake, Gami Chicken Katsu dan sebagainya. Caj yang dikenakan? Sangat berpatutan dengan saiz hidangan. Cuba jangan tak cuba!
π Alamat⌚
Alamat: Lot 1 . 29 . 01B & E1 . 29 . 01B, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pavilion Kuala Lumpur)
Restoran Murni Discovery
Restoran Murni Kuala Lumpur
Sumber: Restoran Murni
Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan.
Tidak cukup dengan itu, menu daripada Itali seperti Pizza juga turut ditawarkan. Pendek kata, anda tak akan kecewa dengan pilihan makanan yang ada di restoran ni, begitu banyak.
Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 PJ, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna.
π Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)